Manusia,
Hamba yang dicipta pelbagai rupa,
Mempunyai akal pembina minda,
Sungguh mulia dipandang.
Manusia,
Mereka juga perosak bangsa,
Dunia serta agama,
Pelbagai cara pencetus huru-hara,
Di mana letaknya kemanusiaan.
Manusia,
Dia juga penyelamat dunia,
Disanjung mulia dilamun ceria,
Rasa bangga terukir di rupa.
Manusia,
Mengapa ada mulia dan durjana,
Berbekal akal sebaik rupa,
Namun di mana penilaian merela.
Manusia,
Masa tetap menjadi pengubah,
Bila cuaca mendung berarak,
Tanda hujan nan kunjung tiba.
Apa kesudahan matlamat mereka,
Nilailah sendiri tanyalah diri,
Apa sebab jadi begini.
© NEM MASTER
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment